KITAR SEMULA
Actually banyak benda kita boleh buat untuk selamatkan bumi nie. Tapi kesedaran tuh ada macam biskut chipsmore ; kejap ade, kejap xde. Tak payah pegi jauh, aku je la contohnya. Beg guna semula melambak kat rumah. Tapi bile gi shopping, slalunya xbawak pun. Dalam hati ; "Xpe la, nanti2 la bawak. Bukannye nak shopping byk pun."
Teringat masa zaman sekolah2 dulu. Banyak betul perbezaan ngan sekarang. Dulu aku penah keje kat kedai mamak depan umah nenek masa cuti sekolah. Bukan la keje apa pun, tolong2 dia packing barang macam gula, beras, etc. Sambil2 tu tolong susun2 barang kat kedai dia. Mamak tuh dah macam family ngan nenek, sbb dia dah lama sewa tanah nenek. Masa dulu, mmg kebanyakan kedai kalau nak bungkus barang, guna surat khabar lama. Contohnya nak bungkus rempah-ratus, gula, tepung, etc. Plastik hanya digunakan untuk barang2 yg basah atau cecair. Berbeza dengan sekarang nie, kedai mamak tu pun dah gunakan plastik untuk barang2 kering. Bukan je kedai mamak nie, malahan majoriti kedai dah tak praktikkan membungkus guna surat khabar lama.
Kita kat rumah sendiri pun kadang2 tak praktikkan kitar semula, penjimatan tenaga, etc. Bukannya xnak, cuma kita xserius dalam isu nie.
Setakat nie, kat rumah aku, benda yg dikitar semula ialah surat khabar lama, botol plastik dan kotak kadbod. Tu pun di kitar semula bila teringat dan ada masa nak asing2kan. Kalau tidak, sume masuk kat bakul tong sampah.
Untuk kesedaran bersama, ada beberapa fakta tentang kitar semula :
FAKTA 1
Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen
FAKTA 2
Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok
FAKTA 3
18,000 tan sampah dihasilkan sehari mampu memenuhi KLCC dalam tempoh 8 hari sahaja (data tahun 2005)
FAKTA 5
Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam
Bukti Keprihatinan Kepada Alam Sekitar Dengan Melakukan Amalan Berikut Semasa Berbelanja Di Pasar:
· Beg kain dapat digunakan berulang kali
· Penggunaan bakul sebagai cara mengelakkan penggunaan beg plastik
· Jangan gunakan polistren untuk membungkus makanan
· Penggunaan troli sebagai cara mengelakkan penggunaan beg plastik
· Gunakan beg kertas bagi menggantikan beg plastik untuk membungkus barang
· Jangan gunakan beg plastik untuk pembungkusan
Sebagai langkah permulaan, mungkin kita boleh mencuba amalan 3R di rumah seperti berikut :
Reuse – Guna Semula
- Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah.
- Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.
- Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
- Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.
- Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.
- Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.
- Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.
Reduce - Pengurangan
- Hanya beli apa yang diperlukan:
Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan. - Beli produk yang boleh diguna semula:
Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula. - Beli pencuci serbaguna:
Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan. - Beli barangan yang kurang bungkusan:
Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas. - Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan:
Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan. - Beli produk tidak bertoksik:
Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya. - Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:
Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.
Recycle – Kitar Semula
- 1 Kitar semula di rumah:
- Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
- Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik, loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.
- Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.
- Mengitar semula di laman anda:
- Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.
- Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.
- Mengitar semula di sesebuah komuniti:
- Pusat kitar semula: memberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula.
- Sekolah dan perniagaan: boleh memainkan peranan yang penting. Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan memberikan kesedaran tentang kitar semula.
- Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti- aktiviti mengitar semula.
Nampak agak mudah, tapi untuk mengamalkan ia menjadi satu rutin tidak semudah yg dilihat. Ia perlukan kesungguhan. Semoga aku juga punyai kesungguhan sebegitu bg menyelamatkan bumi. :-)
No comments:
Post a Comment